Friday 4 May 2012

Warkah buatmu Abah...


Warkah untuk mu Abah...

Abah...
Hari ini aku ingin sekali merenung wajahmu..
wajahmu tergambar sejuta keperitan..
Hatimu sentiasa merintih kesedihan..
setiap tuturmu mencalit seribu kepiluan..

Kenapa Abah?
kecewakah dikau?
kesalkah dikau?

Abah..
Dirimu menjangkau usia separuh abad..
Kau gagahi dengan tulang 4 kerat..
Kau hanya mampu berbekalkan satu semangat..
Kau bulatkan satu tekad..
Demi aku anak mu..
disaat itu aku hanyalah anak kecil yang belum mengerti apa itu kehidupan..

Abah..
Dengarlah...
Kini...
Aku mengerti segala kepayahanmu..
Aku mengerti segala keperitanmu..

Abah..
Aku bangga dengan kegigihanmu..
kerna aku mengerti kau ikhlas demi aku anakmu..

Abah..
kini kau pergi kepangkuan ilahi..
Kau tinggalkan memori hati..
Kau kuatkan azam kami..

Abah..
pemergianmu kuratapi..
kerana aku tahu kau tak kan kembali..

Abah..
disaat ini air mata aku mengalir lagi..


 ashmalyna@blogspot.com

No comments:

Post a Comment