Tuesday 24 April 2012

surat CINTA..


Surat Cinta,
Setiap hari aku menunggu kehadiran kau,
masih lagi kau tidak kunjung tiba,
Pak cik Posmen lupa alamat istana aku ke?




Stop!!

AKHIRNYA... Detik itu...

Surat Cinta,
Ketawa aku sendiri disitu..
Sepucuk surat terus menghampiri ku...
Terbang penuh misteri hadapan sampul yang dicoret namaku..
Tanpa tujuan menerjah menuju ke arah aku..
Terus terkesima aku disitu,


Surat cinta
Ingin sekali aku membaca isi cebisan surat itu,
Tapi apakah daya aku masih tidak mampu mencari kebenaran isi surat itu,
Siapakah gelaran penulis surat cinta ini?
Tidak mampu aku jawab hingga kini,
Menjadi misteri di alam ini...




Wednesday 18 April 2012

koSong!

kosong!
Pagi itu aku berdiri KOSONG skali..
Jenuh berjalan KOSONG menuju gapura itu..
Aku terkesima KOSONG melihat bangunan itu megah berdiri..
Lorong-lorong KOSONG aku melangkah mengikut arus jejak itu..
Hidup itu berjalan KOSONG menghampiri saat aku..

 
kosong!

ashmalyna.blogspot.com

Monday 16 April 2012

Terduduk aku di situ....


terduduk aku di situ..
Duduk di meja bertemankan pen yang berdakwat biru..
pen itu berjalan menurunkan dakwat  disebalik ilmu yang dicurah..
menerjah ilmu yang tidak akan lemas di lautan..
aku melihat sisa-sisa ilmu itu mengalir di setiap ruang..
aku ingin sekali mencapai setiap ilmu itu dari terus terbang jauh..
meskipun, aku masih terduduk di situ..

Thursday 12 April 2012

Can I love you???

Can I love you?


Excited to meet you many times..
Cried to part many times..
I believed love is painful and doesn't last forever...
There's always an end for love..
I made you saying words that I didn't mean...
I hurt you like a fool..
Now I know, I can't live without you..
Even though I don't deserve you..
Can I love you?
Can I hold you?
It's not a waste to give you everything I have..
I realized it is love for the first time..
You are the one I love more than myself..
Now I don't want to lose you..
Now I don't think I can love someone else..
All those tears I shed through pain..
That is a practice for seeing you..
I want to love you..
I want to hold you..
I am reborn after meeting you..
Even though life is hard and the world lies to me..
I will watch over you..
I love you..

p/s: hope you know that I love you..

Tuesday 10 April 2012

senyum sendiri di situ!

Senyum sendiri di situ..
Aku melihat matahari gagah terbit di pagi hari..
Aku melihat embun gagah bermain dikelopak daun..
Aku melihat ayam gagah mencari makanan di tepi tasik..
Aku melihat burung-burung kesejukan gagah mencari sarangnya..
Aku melihat anak-anak kecil gagah mengalas beg ke sekolah..
Aku melihat hujan gagah turun menerjah bumi..
Aku melihat pakcik-pakcik gagah melepak di kedai kopi..
Aku melihat bas gagah membawa penumpangnya..
Aku melihat ibu gagah memapah tangan anak kecilnya melitas jalan..
aku masih lagi gagah bernafas di dunia ini..
tapi aku???
masih disitu tersenyum sendiri..


p/s: senyum itu sedekah.. O.o!

Saturday 7 April 2012

Dengarlah Kau Ibu..

Denganlah Kau Ibu..

Ibu..
Aku disini...
Aku mencari sisa-sisa ilmu itu..
tempat itu begitu asing buat diriku..
Aku takut ibu..
Kau tiada disini..
Aku tak rela walaupun hanya sesaat terpisah dengan mu..
Tapi aku harus pergi..
Itu lah janji ku.. 
kerna aku lah harapan mu..

Ibu..
Aku terdengar bisikan luahan suara mu..
Ingin sekali aku bersama mu..
Terkenang aku zaman itu..
Kau telah mengheret tangan kecil ku ke bangku sekolah..
Saat itu aku masih belum mengerti..
Kata ibu " Ilmu itu bekalan mu anak ku!"
Aku dengar ibu!
Peluk cium mu itu antara doa untuk ku..
kata-kata mu itu nyawa ku..

Ibu..
Di setiap solatku..hadirnya wajah sayu mu itu..
Aku rindu mu Ibu..
Aku tetap menanti wajah di setiap sujud terakhirku..
Ibu dengarlah aku..
Insan yang telah lahir dari rahim mu sendiri..
Aku sayang mu ibu..

Ibu..
Aku ingin mendakap mu di saat terakhir nafas mu itu..
Aku tak mampu rebahkan air mata ku di pusaramu..
Hadirlah kembali ibu..
Aku mencari mu ibu..
Aku ingin mencium tapak kaki mu..
Ampuni lah aku ibu...

Ibu.. dengarlah...

 ashmalyna.blogspot.com

Sunday 1 April 2012

Mata aku masih lagi tErjAgA..

Sunyinya pagi ini..
Jam dinding itu menunjukkan arah ingin berhenti..
sudah pukul 2.30 pagi rupanya..
O.o!

Mata aku masih lagi terjaga..
aku yang masih lagi duduk disitu hanya bertemankan sebatang pen dan laptop yang tak terpadam cahayanya.. lampu "Study" aku seperti hilang keupayaan untuk memuntahkan cahaya..

Mata aku masih lagi terjaga..
aku study untuk exam?
siapkan 8ssgment yang belum tentu lagi selesai ini?
apa lagi kerja aku nie? alahai banyaknya kerja nie..
begitu banyak persoalan yang bertanya dalam kepala nie..
kalaulah ada seseorang yang sudi menjawab  semua soalan aku nie kan senang...
settle semua masalah ^_^!

Mata aku masih lagi terjaga..
jam boleh tak kau berhenti?? jangan lah bergerak laju sangat aku tak sanggup nak tempuh hari-hari esok nie..
pen aku terus bergerak..namun tak sepantas tadi..mungkin badan aku sudah memberi kan tanda-tanda lampu "MERAH"  kerana sudah tak tahan nak berkerja..
tapi otak aku ini kena kerja " over time"malam nie.. 
apakan daya?,, otak lebih berkuasa daripada badan..

Mata aku masih lagi terjaga..
di saat nie manusia-manusia lain sedang sibuk bermimpi..
aku pula yang macam terlebih dos tertelan pil yang tidak boleh tidur malam..
waktu itu berjalan lagi ..kalau lah waktu ada "traffic light"..
aku sudah lama suruh masa itu berhenti seketika..

Mata aku masih lagi terjaga..
detik malam yang sunyi ini aku tempuhi dengan redha..
dengan limpah kurniaNya.. aku masih lagi diberi waktu untuk terjaga..
Syukur..
Alhamdulillah.. 

ashmalyna.blogspot.com