Saturday 16 June 2012

Subuh aku sesak..



Subuh aku sesak,
rindukan Mama Abah,
tangan aku lemah,
berat..
menaip ini tangan aku terketar-ketar,
jarak jari dengan papan kekunci,
seolah jarak aku dengan Mama Abah,
air mata deras,
umpama air paip waktu Mama mandikan badan kecil,
aku dua puluh tahun dulu,
rindu solat berjemaah dengan Abah,
manja aku dengan Abah,
manja Abah dengan aku,
bercerita segala dengan Mama sambil selera dijamu,
membesar dengan masakan Mama jadi darah daging aku,
malah tercipta aku atas darah daging Mama Abah,
aku lihat cermin aku ternampak wajah Mama Abah waktu muda,
aku lihat tuanya Mama Abah aku nampak diri aku jika dipanjang usia,

Subuh aku sesak,
mengigil bila fikir kalau hilangnya Mama Abah,
aku melulut,
aku sujud,
aku merayu,
Ya Allah,
lanjutkanlah umur Mama Abah,
sempatkanlah aku bertemu Mama Abah,
sihatkanlah tubuh Mama Abah,
tenangkanlah hati Mama Abah,
Bahagiakanlah hidup Mama Abah,
kekalkanlah jodoh Mama Abah,
luaskanlah rezeki Mama Abah,
sayangilah Mama Abah lebih dari infiniti,
berikanlah mereka lebih banyak lagi,
apa yang Kau beri ke aku berilah ke mereka lebih banyak lagi!
 Salurkan sakit-sakit mereka ke aku,
Salurkan sedih-sedih mereka ke aku,
Salurkan susah-susah mereka ke aku,
biar hancur lumat pun aku tidak apa,
kerana tidak akan tercukup sukatannya,
berbanding gelen peluh dan airmata,
tulang empat kerat dan emosi nurani,
Mama Abah membela,
hingga hari ini,
aku di bumi asing,

Subuh aku sesak,
mata aku bengkak,
Ya Allah,
kasihanilah hambaMu,
sempatkanlah aku,
sempatkanlah aku,