Thursday 31 May 2012

sekeping nota misteri...


Sekeping nota misteri dari seorang sahabat yang aku tidak kenali...

Sahabatku...
aku ini hanya manusia kerdil yang berbadan besar.. lihatlah dunia sekalian!.. kembalilah bernyawa!.. ingin sahaja aku menjerit sekuat hati ketika itu biarpun aku terpaksa berhujan dan berpanas terik..Aku tetap ingin berada disitu.. penderitaan itu hanya menjadi beban pada hari itu dan seterusnya.. aku tidak sesekali pernah berputus harapan walaupun hanya diberi peluang untuk sesaat bernafas.. telinga aku selalu diterjah dengan suara-suara mereka yang memanggil aku.."budak Comel" Aku gadis comel? Comel itu banyak ertinya bagi insan hina seperti aku..... secara realitinya aku yang sentiasa dikelilinggi manusia xxs.. aku? XXxL.. atau kulit aku yang gebu namun ditambah dengan lemak-lemak beku dikawasan yang menjadi sasaran utama..dagu, pipi, lengan dan berikutnnya..aku sesekali mengeluh panjang ..Ermm...aku adalah aku.. gadis bercermin mata bulat yang sentiasa bertudung pelangi ke mana sahaja.. Sifat pemalu aku tidak pernah luput walaupan sesaat..aku malu untuk tampilkan diri...Maaf aku tidak mampu berubah menjdi cewek idaman setiap jaka di alam ini..

Sahabatku...
Rintihan aku bermula dengan penderitaan aku sepanjang aku menjadi penari solo diatas pentas yang ramai pengkritik daripada penontonnya. Setiap hari berlalu begitu pantas.. aku tetap akan langkah perlahan-lahan tanpa sebarang kekuatan disetiap lorong yang telah tertulis dan menjadi rahsia milik Illahi.
Rekahan tumit yang menjadi saksi kesulitan aku untuk meneruskan langkah sebagai seorang insan yang mencari kebenaran  dan sedikit sisa-sisa yang tinggal di atas pentas dunia ini...aku hanya boneka ketika ini.. kelebihan aku di sini hanyalah aku adalah satu-satunya boneka yang masih bernyawa..adakah aku gadis boneka yang comel itu?..mungkin siaz tapak kaki yang hanya 8 masih belum mampu menampung  berat badan aku yang ber PAUN-PAUN nie.. “kau perempuan GEMUK tepi sikit aku nak lalu!” Terima kasih sahabat kerana jujur pada aku! Aku sudah lali dengan setiap gelaran yang keluar dari bibir setiap manusia yang memang berhak untuk bersuara. Aku sebagai hambaNya perlu redha dan hanya mampu tersenyum sendiri..

Sahabatku...
Tidak pernah terdetik dihatiku untuk berdendam dengan mereka.. mereka juga manusia seperti aku... Cuma mereka mempunyai kelebihan tersendiri.. dan manusia yang menjadi penghuni di Alam ketika ini..
Telatah manusia disekeliling yang cantik, tinggi dan pandai bergaya itu... telah timbul perasaan cemburu dalam lubut hati aku setiap kali memandang kearah mereka..Aku ingin sekali menjadi seperti mereka.. Airmata aku tidak pernah berhenti lagi sejak aku hanyalah dianggap Badut oleh mereka.. aku tidak mahu menangis tapi aku perlu MENANGIS ketika itu!

Sahabatku...
Aku yang hanya mempunyai ketinggian 150cm..tinggi ke aku? Persoalan itu? jawapan itu tidak pernah dijawab oleh manusia-manusia ketika itu.... mungkin mereka ingin menjaga perasaan aku.. aku faham..terima kasih sekali lagi sahabat.. itu sahaja yang mampu aku ucapkan ketika aku masih bernyawa... aku begitu menderita ketika ini.. penyakit yang selalu menjdi peneman setia tidak pernah ingin bercerai dari ku.. Melainkan aku ingin melepaskan diri membawa jasad itu dan berlari jauh tanpa ingin toleh ke belakang lagi..

Sahabatku..
Sekiranya ini mejadi nota terakhir yang sempat aku coretkan pada hayat ini. tolong sampai salam buat setiap insan yang pernah mengenali diri aku selama ini... aku ingin sekali bersama mereka.. ingin berkongsi gelak ketawa bersama di dunia yang penuh dengan ragam manusia.. tulisan kali ini aku curahan dalam sebuah nota yang padat dengan coretan hidup aku sebagai insan yang lahir sebagai HambaMu di alam semesta milik Ilahi..

sekian.. sahabatmu yang misteri..

                                                                             2.07pagi
                                                                    1 january 2012
                                   

No comments:

Post a Comment