Tuesday 25 December 2012

Tiba-tiba aku ingin menulis


Cahaya lampu belajar kini ingin berhenti muntah
Selera nya aku menanti siang
Nota-nota kuliah tetap aku hisap
Hisap dan hisap sehingga kering
Siang bagi manusia kerdil hanya ruang sempit, sarat dengan nafas-nafas kejam
Mata terus menjadi saksi, ingatan terus menjadi seksa
Tiba-tiba aku ingin menulis
Kerna bagi ku tulisan itu nyawa yang tidak perlu dibayar.


Thursday 20 December 2012

Cinta itu “I Love You”


I Love You ungkapan yang paling indah..
I Love You ungkapan yang paling mudah..
I Love You ungkapan yang paling tragis..

Hanya bibir sebagai saksi..
Hanya telinga sebagai bukti..
Hanya hati sebagai pendakwaraya..
Hanya tubuh sebagai teman..

Terpulang pada aku sendiri..
Ungkapan itu paling tragis untuk aku dan dia..
Terpulang pada aku sendiri..
Ungkapan itu paling indah untuk aku dan dia..

Mereka pandai mentafsir..
Tapi tidak sekali mahu mengerti..
Mereka pandai mencemuh..
Tapi tidak sekali mahu mengerti..



 

Wednesday 5 December 2012

Bila malu itu menyapa



Bila  malu terus menyapa
aku tunduk dengan mata yang tertutup
mata pula bersinar-sinar

oHH..
aku malu disitu...
senyum sambil mata pejam..
eh.. kau masa undur kembali ke tempat asal
aku nak picit butang play dan forward itu
bukan stop dan rewind, stop dan rewind, stop dan rewind

mata terus membidik jam di dinding.
malu jangan serang aku lagi !

Saturday 1 December 2012

kadang- kadang





kadang-kadang
aku banyak hutang budi dengan manusia
banyak sekali berhutang perasaan dengan manusia
kalaupun aku bayar
aku tahu tak akan cukup

kadang- kadang
aku sendiri tidak punya kuasa untuk mengatup minda dan mulut manusia
aku sendiri menjadi lemah

kadang-kadang
aku sendiri tak sanggup berhutang lagi dengan Tuhan
aku tak akan lagi minta ruang untuk bernafas
kerna nafas itu hanya Tuhan aku beri

kadang-kadang
aku tidak kalah
cuma belum mahu menang

kadang-kadang
perlu aku fikir
membawa nafas itu susah sekali

Thursday 11 October 2012

Jalan Mati



Otak aku beku
Perut aku sebu

Kaki aku dingin
Dada aku angin

Berminggu- minggu aku teriak
Kau buat pekak

Berhari-hari aku cari
Makin kau lari

Tolong !
Lucut selimut halimunanmu
Simpati aku termangu

Noktah diam rajukmu
Kasihani aku yang buntu

Kenapa kau hilangkan diri
Tiap kali hati aku berpenghuni

Kenapa kau tak pulang-pulang
Seolah aku telah curang

Aku perlukanmu !

Ada satu ruang dalam jiwa aku yang tak boleh diisi manusia
walaupun dia

Aku perlukanmu !

Wahai inspirasi..
ke mana kau pergi ?
Jangan tinggalkan aku begini !

sumber.. Wani Ardy 

Saturday 1 September 2012

Memori itu kejam..



Memori itu kejam

Aku kejam.
Sindiran itu kembali..
Keluh kesah itu kembali..
Perhinaan itu kembali,
Mimpi itu kembali,
Mencekik sesekali aku!

Aku kejam .
Nafas terhenti
Ketika itu aku ingin menjerit, melalak, meraung..
aku takut memori itu kembali..

p/s :  Memori bernyawa itu akan terus berlakon dalam drama yang dicipta tanpa skrip yang tiada "ending" nya.

Monday 6 August 2012

tanya-tanya



1. Bagaimanakah sepasang sepatu boleh meneman kakiku ke serata dunia namun mengoyak kulitku ?

2. Bagaimanakah sang malaikat boleh menerangi gelapku namun mencabut nyawaku ?

3. Bagaimanakah sebungkus dadah boleh menerbangkanku namun meracuniku ?

4. Bagaimanakah sekotak rokok boleh menenangkanku namun mencacatkan kandunganku ?

5. Bagaimanakah seawan harapan boleh menghidupkanku namun mematikanku ?

6. Bagaimanakah sebilah gunting boleh membantuku namun melukaiku ?

7. Bagaimanakah sebuah kereta boleh membawaku ke seluruh negara namun membunuhku sekelip mata ? 

p/s : tanya dan terus bertanya..




Sunday 29 July 2012

Depresi


Tempat lain terlalu bising dan terlalu mahal untuk aku bersuara. Kecuali di sini. Yang mana para pemerhatinya masih boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki.

Aku hairan dari mana datangnya kudrat untuk aku bangun pagi, berdiri, berjalan dan bercakap, seperti tiada apa yang berlaku. Aku pilih untuk hari ini semata-mata kerana aku seorang muslim.

Perkara sulit dan rumit begini aku tak berbual dengan sesiapa. Dunia sudah cukup ramai penyindir, pencebik, penyalah faham dan pengeruh keadaan yang menakutkan. Bukan budaya kita untuk mengalami tekanan. Bukan benda yang kita percaya ada.

"Tak ada apa yang kekal," kata Ayah.
Dan aku fikir, betul, tak ada apa yang kekal.
Tidak kawan, tidak keluarga.
Tak ada apa yang kekal.

Ujar Ayah lagi, "teman susah, susah dicari." 
Dengan lemah aku mengangguk.

Dunia ini terlalu hebat untuk aku huni. Isinya orang-orang yang terlalu lantang, terlalu yakin, terlalu bahagia, terlalu sedih, terlalu pemangsa dan terlalu dimangsa.

Bila hati sudah benci, yang baik semua dilempar pergi. Jadi apalah gunanya.

Tiap kali aku menulis begini, perut aku sakit. seluruh badan aku rasa dingin. Bulu roma aku menegak, seperti di belakang tengkuku ada sesuatu yang menyelinap. Bila ketawa, aku terdiam semula. Takut. Takut ketawa jadi airmata. Takut gembira itu merbahaya.

Aku penat.
Penat tidur malam dipaksa-paksa.
Penat bila berjaga, aku ditolak-tolak ke hujungnya.

Aku termenung memandang skrin.
Dengan satu klik aku boleh beli tiket kapalterbang untuk pergi beberapa hari.

Tapi tak boleh.
Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh.
Yang tercipta untuk aku cuma letih.

Aku masih di sini. Airmata panas bergenang lagi.