Tuesday 1 May 2012

Setiap langkah itu pasti ada cerita..


Assalamualaikum pembuka bicara,
Bermulalah entri kehidupan akan aku coretkan..



Dunia yang satu,
Terkedut aku disaat itu,
Subhanallah..
Aku dikelilingi manusia-manusia yang begitu hebat,
Hebat mencari rezeki atas setiap pelosok dunia ini,
Kekurangan fizikal bukan lagi menjadi satu halangan,
Mereka tetap teguh mencari rezeki untuk sesuap nasi,
Hati keikhlasan mereka tidak dapat diukur lagi,

*****
Detik malam itu perut aku minta diisi.. aku bergegas mencari sisa makanan untuk diisi ke dalam tangki perut… sekian itu Pasar Malam tempat aku tuju..

Angkuh dan tamak nya perut ini.. sering membuat permintaan makanan yang semua sedap-sedap, pasal harga tolak tepi… hish! Perangai tidak berubah-ubah lagi!

Setiap lorong aku lalui itu, hanyalah terdengar bunyi bising generator yang memecah suasana malam itu.. suara manusia-munusia melelong untuk melariskan jualan mereka..senyuman dibibir mereka tidak pernah sesekali pudar.. Namun, aku pula yang terdiam seribu bahasa..( Laparlah katakan..hihihi).

Seketika itu langkah aku terhenti di sebuah gerai yang terakhir ..  melihat manusia-manusia itu gigih mencari rezeki walaupun hanya sekadar menjual air minuman..Namun tetap menjadi rezeki halal buat mereka.. walaupan mereka tidak dapat mengeluarkan suara dan hanya mampu memberi tanda isyarat sekiranya ada pelanggan yang singgah..Namun, mereka masih mampu memberi layanan yang istimewa.. jika dibandingkan manusia yang sempurna akal dan fizikal..jauh benar bezanya.. Allah swt.. telah memberi manusia kelebihan dan kelemahan..aku bersyukur disaat itu.. ketika itu aku hanya mampu memandang dan terus  membisu..

SubhanaAllah..

*****
Dunia yang satu,
Aku terkasima disaat itu,
Suara anak kecil meronta-ronta  menjerit kesejukan,
Hanya tubuh kecil yang terpaku diriba seorang ibu,
Disudut hati anak kecil itu.. penuh persoalan buat ibunya..
Ibu…
Aku sejuk! Ibu dengarlah aku!..

****
Aku masih disitu..melalui lorong manusia yang terpacar ceria diwajah mereka.. langkah aku sekali lagi terhenti.. melihat seorang ibu meminta sedekah dengan meriba bayinya yang kesejukan di tepi lorong yang penuh manusia-manusia yang sibuk melangkah itu..hanyalah beratapkan langit yang bertemankan bintang...

Seribu persoalan yang muncul di setiap  benak fikiran aku…

Sungguh sebak nafas aku ketika itu.. tidak adil bagi aku untuk menyalahkan ibu itu.. mungkin itu yang mampu bagi seorang ibu untuk mencari rezeki ketika itu..


p/s : kehidupan ini seperti drama yang dipentaskan oleh boneka-boneka yang dicipta tanpa skrip..












No comments:

Post a Comment