Tuesday, 30 April 2013

Hilang




Hilang

Kondisi lelah,
Menggeladah setiap sudut,
mencari terus mencari

Hilang

Jasad pedih tertiba memanggil,
Merangkak disetiap ruang,
Adakah nafas akan hilang dari lubang hidung ?

Hilang

Aku berkesimpulan,
Hilang itu mustahil tapi ghaib itu benar,
kerna ada lagi peluang melihat,

Bodoh !
Tapi mungkin sekali aku yang berbeda
Mungkin !

Monday, 22 April 2013

Sejenak




Sejenak



Silauan itu memeluk ruang yang sempit

Nafas berang menjadi beku..

Sejenak dia berlari

Lari terus berlari...

Lelah !

Nafas menjadi kesat

Sejenak dia berhenti.

Berhenti...

Kekadang menelan

Titisan peluh basah menjadi air masin di lautan..

Perit..

DIA berkuasa

Aku percaya.

Pilu !

Saturday, 13 April 2013

Hukuman





Hukuman

Maaf !
Jangan terus seksa aku,
Jangan terus cuba bunuh aku,
Jangan terus cekik aku,
Sesaat itu aku perit
Aku sakit !
Lemah...

Saturday, 23 February 2013

Ruang



Kau hadirlah menyentuh sekeras hati

Menjadi acara menyandang dari mimpi yang tiada makalahnya

Ampun aku

Sedutlah lah nafas lendir aku ini menjadi nafas sesegar udara

Ruang itu sempit !

Tiap saat kali aku menyedut.

Sedut..sedut..sedut dan aku makin menyedut.

Kemudian.....

Lelah sendiri !

Ampun aku.

Sekiranya aku tak mampu bertahan..

Papah aku

Ampun aku.

Perjalanan tiada ruang untuk aku berhenti selain mampus.



Tuesday, 25 December 2012

Tiba-tiba aku ingin menulis


Cahaya lampu belajar kini ingin berhenti muntah
Selera nya aku menanti siang
Nota-nota kuliah tetap aku hisap
Hisap dan hisap sehingga kering
Siang bagi manusia kerdil hanya ruang sempit, sarat dengan nafas-nafas kejam
Mata terus menjadi saksi, ingatan terus menjadi seksa
Tiba-tiba aku ingin menulis
Kerna bagi ku tulisan itu nyawa yang tidak perlu dibayar.


Thursday, 20 December 2012

Cinta itu “I Love You”


I Love You ungkapan yang paling indah..
I Love You ungkapan yang paling mudah..
I Love You ungkapan yang paling tragis..

Hanya bibir sebagai saksi..
Hanya telinga sebagai bukti..
Hanya hati sebagai pendakwaraya..
Hanya tubuh sebagai teman..

Terpulang pada aku sendiri..
Ungkapan itu paling tragis untuk aku dan dia..
Terpulang pada aku sendiri..
Ungkapan itu paling indah untuk aku dan dia..

Mereka pandai mentafsir..
Tapi tidak sekali mahu mengerti..
Mereka pandai mencemuh..
Tapi tidak sekali mahu mengerti..